Paparan kali ini saya bawakan kisah Puteri Gunung Ledang dengan Dialognya yang sering kita dengar dalam filem Puteri Gunung Ledang versi lama.sangat meminati muslihat yang digunakan dalam menghindari dari menerima peminangan Sultan Melaka dengan syarat-syarat yang dikenakan.ikuti kisah ini
‘Hatta berapa lamanya, maka isteri Sultan Mahmud, bonda Raja Ahmad itu pun mangkat; maka Sultan Mahmud pun sangat bercinta. Maka baginda memberi titah pada Bendahara dan pada segala Orang Besar-besar, “Apa bicara Orang Kaya sekalian, kerana negeri Melaka sekarang tiada beraja perempuan?”
‘Hatta berapa lamanya, maka isteri Sultan Mahmud, bonda Raja Ahmad itu pun mangkat; maka Sultan Mahmud pun sangat bercinta. Maka baginda memberi titah pada Bendahara dan pada segala Orang Besar-besar, “Apa bicara Orang Kaya sekalian, kerana negeri Melaka sekarang tiada beraja perempuan?”
Maka sembah Bendahara dengan segala Orang Besar-besar, “Anak raja mana yang hendak tuanku pinang? Supaya patik sekalian kerjakan.” Maka titah Sultan Mahmud, “Jikalau kita hendak beristerikan sama anak raja, raja yang lain adalah; yang kita kehendaki barang yang tiada pada raja-raja yang lain, itulah yang kita hendak peristeri. Akan sekarang kita hendak menyuruh meminang Puteri Gunung Ledang; Laksamana dan Sang Setialah kita titahkan.”
Maka Tun Mamad dititahkan berjalan dahulu membawa orang Inderagiri akan menebas jalan, kerana Tun Mamad penghulu orang Inderagiri. Beberapa hari lamanya di jalan, sampailah ke kaki Gunung Ledang. Maka orang sertanya itupun naiklah ke Gunung Ledang, Dendang Anak namanya Benua membawa jalan, itupun terlalu sukar; angin pun bertiup terlalu keras; baharu kira-kira bertengah gunung itu, maka tiadalah ternaik lagi oleh mereka itu.
Maka Tun Mamad pun naiklah dengan dua orang yang pantas berjalan sertanya, naik ke Gunung Ledang itu. Setelah datanglah had buluh perindu, maka Tun Mamad dan dua orang yang naik itu, seperti akan terbanglah rasanya, daripada sangat keras angin bartiup, dan bunyi buluh perindu itu terlalu indah perbuatannya, burung terbang dengan suatu taman. Maka Tun Mamad pun masuklah ke taman itu, maka dilihatnya serba bunga yang ada di dalamnya pelbagai jenis. Setelah segala mergastua melihat Tun Mamad datang, maka segala burung itu pun berbunyi seperti orang bergurindam.
Maka Tun Mamad pun bertemu dengan sebuah balai itu ada seorang perempuan tua, baik rupanya. Maka ia bertanya pada Tun Mamad, katanya, “Orang mana kamu ini, dan hendak ke mana kamu?” Maka kata Tun Mamad, “Kami ini orang Melaka, nama hamba Tun Mamad, dititahkan oleh Sultan Mahmud Syah meminang Puteri Gunung Ledang.” Maka sahut perempuan itu, “Nama hamba Dang Raya Rani, hambalah pengetua Puteri Gunung Ledang. Nantilah hamba persembahkan segala kata tuan hamba pada tuan puteri. Setelah lenyap, maka kelihatan pula seorang perempuan tua, bongkok belakangnya lipat tiga. Maka ia berkata kepada Tun Mamad, “Adapun segala kata tuan hamba itu sudah dipersembahkan oleh Dang Raya Rani pada Tuan Puteri Gunung Ledang; Akan titah tuan puteri, “Jikalau Raja Melaka hendakkan aku maka perbuatkanlah..ini antara syarat-syaratnya..
1 jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang.
1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.
7 dulang hati nyamuk.
7 dulang hati kuman.
7 tempayan air mata anak dara.
7 tempayan air pinang muda.
1 mangkuk darah Sultan Ahmad, iaitu anak Sultan Mahmud Shah, dan masih kanak-kanak lagi.
Setelah itu maka Tun Mamad turunlah dari sana kembali pada Laksamana dan Sang Setia. Setelah sekaliannya pun turunlah dari Gunung Ledang, berjalan kembali ke istana. Berapa lamanya di jalan, maka sampailah ke Melaka. Maka Laksamana dan Sang Setia dan Tun Mamad pun masuklah menghadap Sultan Mahmud Syah; maka segala kata daripada Puteri Gunung Ledang dipersembahkan pada Sultan Mahmud. Maka titah baginda, “Semua kehendaknya itu dapat kita adakan, mengeluarkan darah anak kita itu juga apatah daya; kerana tiada sampai hati kita.”
(Petikan daripada Sejarah Melayu,
“Sulalatus Salatin”; m/s: 212-
No comments:
Post a Comment